Terdapat tujuh (7) bidang tumpuan mampan yang diberi keutamaan dalam merangka BSGPC ini. Setiap bidang tumpuan mempunyai objektif yang tersusun diikuti dengan pelan tindakan bagi menjayakan pelaksanaan amalan hijau di politeknik dan juga kolej komuniti.
Penilaian dalam pemantauan kejayaan Kampus Hijau adalah bersandarkan kepada kriteria-kriteria tertentu dan penilaian oleh juri-juri yang bertauliah yang pernah menghakimi pertandingan berkaitan mampan samada dari dalam atau luar negara.
Pertandingan adalah untuk menganugerahkan institusi yang mempunyai ciri-ciri kemampanan dalam membantu membangunkan infrastruktur dan fasiliti serta kemudahan di kawasan inititusi.
Pertandingan adalah untuk menganugerahkan institusi yang mempunyai aktiviti kemampanan yang berkesan terhadap komuniti dalam dan luar kawasan Institusi.
Pertandingan adalah untuk menganugerah institusi yang menyediakan projek yang ada ciri-ciri kemampanan yang menghasilkan aplikasi atau penyelidikan.
Pertandingan adalah untuk menganugerah institusi yang dapat memelihara dan mengekalkan warisan dan kebudayaan setempat.
Pertandingan adalah untuk pelajar institusi yang membangunkan aplikasi atau produk atau perkhidmatan yang sealiran dengan hasrat mencapai 17 matlamat pembangunan mampan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Mewujudkan budaya hijau dan melestarikan politeknik bagi melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan matlamat transformasi politeknik serta menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun 2025
1. Menjadi rujukan dalam halatuju pengurusan mampan. 2. Menambah baik pencapaian projek mampan. 3. Meningkatkan inovasi dan kretiviti dalam pembangunan mampan. 4. Memperkukuh jalinan koloborasi antara institusi dengan pihak berkepentingan.
Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tertentu , juga tidak ketinggalan dalam bidang lain yang dapat memberi nilai tambah seperti pengurusan mampan dan komunikasi berkesan.